SYAIR WASIAT DI AKHIR ZAMAN
Tanda Qiamat terlalu banyak
Tapi sepuluh paling mustahak
Sebelum langit belah terkoyak
Sebelum bumi hancur meledak
Dajjal akan datang membawa fitnah,
ramailah orang akan dikalah
Asap berkepul awan dibelah
Binatang ganjil muncul di Mekah
Matahari terbit di Barat
Nabi Isa turun mendarat
Yakjuj dan Makjuj memangsa umat
Gempa bumi di Timur dan Barat
Negeri Arab akan bergegar,
gempa yg dahsyat jantung berdebar
Api menyala yang sangat besar,
di negeri Yaman mula berkobar
Dunia Islam akan dipimpin
Oleh seorang Imam yang mukmin
Timur dan Barat akan terjalin
Dunia makmur tiada miskin
Mahdi yang adil sangat disayang
Oleh kalangan semua orang
Dunia makmur, aman dan tenang
Tiada orang hendak berperang
Hamba berlagak sebagai tuan
Di sana sini naik bangunan
Sungguh tingginya mencakar awan
Seolah mencabar kuasa Tuhan
Badwi yang miskin kaya terkejut
Baru kelmarin tidak berkasut
Harta dipegang tiada luput
Walaupun kaya tetap kedekut
Dari Timur sampai ke Barat
Perang terjadi semakin hebat
Tiada kasihan, mata melihat
Bergelimpangan menjadi mayat
Harta dunia jadi rebutan
Darah ditumpah sebagai tebusan
Tidak peduli kawan dan lawan
Asalkan nafsu dapat puaskan
Banyak maksiat orang lakukan
Bala kan turun sebagai seksaan
Angin yang merah Allah tiupkan
Gempa yang dahsyat dan menggegarkan
Harta negara jadi habuan,
bagi siapa pegang jawatan
Pecah amanah jadi amalan,
wang amanah diniagakan
Jadilah zakat laksana hutang
Kehendak isteri tidak dihalang
Anak derhaka tidak terbilang
Kawan dibakti, ibu dibuang
Suruhan ayah suka ditinggal
Di dalam masjid suka berbual
Orang yang hina suka ditabal
orang dimulia kerana nakal
Dipetik dari http://permatahatiku.tblog.com/archive/2004/09/