unaina
Penggunaan ICT dalam pendidikan merupakan langkah yang mesti dilaksanakan dengan memanfaatkan secara semaksima yang mungkin demi menjayakan pendidikan keseluruhannya. Di antara kelebihannya adalah capaian maklumat dengan segera, pemindahan dan penyimpanan maklumat yang dinamik dan menarik dalam menjurus kepada pembentukkan ummah yang bertaqwa, berilmu dan maju.....
|
unaina
1. Sembahyang diabaikan (diringan-ringankan).

2. Keinginan nafsu syahwat digalakkan dan berleluasa disebarkan melalui iklan, buku, gambar, risalah atau filem.

3. Penjenayah menjadi pemimpin dan kebanyakannya jahil mengenai agama dan banyak memberi fatwa yang menyesatkan pengikutnya.

4. Perkara benar menjadi salah dan salah menjadi benar. Sukar untuk membezakan perkara halal dan haram kerana yang haram dianggap halal serta sebaliknya.

5. Berbohong menjadi satu keperluan dalam hidup dan menganggap jika tidak berbohong sukar untuk hidup senang.

6. Membayar zakat (harta, perniagaan dan pendapatan) dianggap beban.

7. Orang yang hidup mengikut kehendak agama ditindas dan hati mereka sentiasa merintih kerana maksiat berleluasa tetapi mereka tidak mampu mencegahnya.

8. Turun hujan di luar musimnya dan hujan tidak memberi keuntungan kepada makhluk di muka bumi.

9. Fenomena lelaki berkahwin dengan lelaki (homoseksual) dan perempuan berkeinginan kepada perempuan (lesbian) semakin menjadi-jadi.

10. Perempuan menguasai lelaki dengan memakai ubat guna-guna, sihir dan amalan syaitan lain.

11. Anak-anak mengingkari dan menderhaka ibu bapa (ibu bapa menjadi kuli dan anak menjadi tuan).

12. Kawan baik dilayan dengan kasar, manakala musuh diberi layanan baik. Kawan disangka lawan dan musuh dianggap sahabat serta memusuhi orang yang mengajak berbuat kebaikan.

13. Dosa dipandang ringan malah bangga melakukannya seperti zina, minum arak, bergaul bebas antara lelaki dan perempuan, meninggalkan sembahyang, mendedahkan aurat dan berjudi.

14. Masjid dihias indah tetapi kosong, terpulau, berkunci dan banyak berlaku kecurian barang masjid yang berharga.

15. Ramai yang sembahyang tetapi munafik dan berpura-pura. Di dalam sembahyang berjanji akan mengikut suruhan Allah tetapi di luar sembahyang melanggar perintahNya,
16. Akan datang golongan manusia dari Barat menguasai mereka yang lemah (iman) dan ramai terpengaruh dengannya seperti mengikut cara mereka berpakaian, bergaul dan suka berpesta.

17. Al-Quran dicetak dengan indah tetapi hanya dijadikan perhiasan dan jarang dibaca serta diamalkan kehendaknya.

18. Amalan riba berleluasa hingga orang alim pun terjebak sama.

19. Darah manusia tidak berharga, sering berlaku pembunuhan, peperangan dan jenayah.

20. Penganut Islam tidak mahu mengamalkan suruhan agama dan tidak mahu membela serta menyebarkannya.

21. Akan bertambah banyak penyanyi wanita (wanita yang tidak beriman adalah senjata syaitan yang baik).

22. Ramai orang kaya pergi umrah dan haji dengan tujuan melancong, yang sederhana pergi untuk berniaga dan yang miskin bermaksud meminta sedekah.
Labels: |
unaina
Abu Talhah dengan solatnya

Pada suatu hari, Abu Talhah r.a sedang mendirikan solat di dalam kebunnya. tiba-tiba perhatiannya tertumpu kepada seekor burung yang sesat antara rimbunan daun-daun yang tebal. matanya mengikut gerak-geri burung itu sehingga beliau terlupa bilangan rakaat yang sudah dilakukannya. Kelalaiannya menimbulkan kekesalan yang amat sangat dalam hatinya. Selepas mengakhiri solatnya itu, beliau berjalan menuju ke rumah Rasulullah s.a.w. Setibanya di hadapan baginda, beliau berkata, 'Wahai Rasulullah, kebunku menyebabkan aku lalai dalam solat. aku dermakannya pada jalan Allah. tolonglah gunakannya dengan cara yang sebaik-baiknya.

Peristiwa yang hampir-hampir sama juga berlaku kepada seorang ansar. Dia mendirikan solat di dalam kebunnya. Tiba-tiba matanya terpandang kepada buah-buahan yang masak ranum bergantungan di dahan pokok-pokonya. Ini menyebabkan dia lupa bilangan rakaat yang sudah dikerjakan. hatinya sedih tidak terkira. dia menyerahkan kebunnya itu kepada Saidina Uthman. lalu Saidina Uthman menjualnya sebanyak 50000 dirham dan wang itu dibelanjakan di jalan Allah.

dipetik dari buku "Solat dan Keajaibannya".
Labels: |
unaina


Life is test,
Islam is best,
Solat is must,
Akhirat is rest,
If Quran in chest,
Nothing need next,
Obey Allah first, Success will be next.

Bila Hati berjuang kerana Allah,
Dugaan itu tempat bersinggah,
Keperitan ditelan sebagai juadah,
Kejayaan dianggap suatu anugerah,
Andai ditakdirkan diri rebah,
Hati tetap redha kerana Allah.

Semoga semua berjaya di dunia juga di akhirat.
INSYAALAAH..
AAMINN...
Labels: |
unaina
Jadikanlah dirimu setabah Sumayyah,
Secekal Zinnirah,
Sehalus pekerti Rabiatul Adawiyah,
Semulia Khadijah,
sepintar Aisyah,
Setaat Aissah,
Seharum pusara Masyitah...



Hayatilah dan renungkanlah...
Labels: |
unaina



Hari Qiamat,
bilakah peristiwa itu akan berlaku?
persoalan yang tiada siapa tahu jawapannya,
hanya yang Maha Kuasa,
sedarkah kita?
isyarat yang ada,
tanda-tandanya semakin jelas nyata
apakah dia?

lukisan ini dipetik dan diubah suai dari internet(komik pendidikan)...
Labels: |
unaina
SYAIR WASIAT DI AKHIR ZAMAN

Tanda Qiamat terlalu banyak
Tapi sepuluh paling mustahak
Sebelum langit belah terkoyak
Sebelum bumi hancur meledak

Dajjal akan datang membawa fitnah,
ramailah orang akan dikalah
Asap berkepul awan dibelah
Binatang ganjil muncul di Mekah

Matahari terbit di Barat
Nabi Isa turun mendarat
Yakjuj dan Makjuj memangsa umat
Gempa bumi di Timur dan Barat

Negeri Arab akan bergegar,
gempa yg dahsyat jantung berdebar
Api menyala yang sangat besar,
di negeri Yaman mula berkobar

Dunia Islam akan dipimpin
Oleh seorang Imam yang mukmin
Timur dan Barat akan terjalin
Dunia makmur tiada miskin

Mahdi yang adil sangat disayang
Oleh kalangan semua orang
Dunia makmur, aman dan tenang
Tiada orang hendak berperang

Hamba berlagak sebagai tuan
Di sana sini naik bangunan
Sungguh tingginya mencakar awan
Seolah mencabar kuasa Tuhan

Badwi yang miskin kaya terkejut
Baru kelmarin tidak berkasut
Harta dipegang tiada luput
Walaupun kaya tetap kedekut

Dari Timur sampai ke Barat
Perang terjadi semakin hebat
Tiada kasihan, mata melihat
Bergelimpangan menjadi mayat

Harta dunia jadi rebutan
Darah ditumpah sebagai tebusan
Tidak peduli kawan dan lawan
Asalkan nafsu dapat puaskan

Banyak maksiat orang lakukan
Bala kan turun sebagai seksaan
Angin yang merah Allah tiupkan
Gempa yang dahsyat dan menggegarkan

Harta negara jadi habuan,
bagi siapa pegang jawatan
Pecah amanah jadi amalan,
wang amanah diniagakan

Jadilah zakat laksana hutang
Kehendak isteri tidak dihalang
Anak derhaka tidak terbilang
Kawan dibakti, ibu dibuang

Suruhan ayah suka ditinggal
Di dalam masjid suka berbual
Orang yang hina suka ditabal
orang dimulia kerana nakal


Dipetik dari http://permatahatiku.tblog.com/archive/2004/09/
Labels: |
unaina
PANDUAN PENGGUNAAN KOMPUTER DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN PENDIDIKAN ISLAM

Menyentuh tentang peranan guru sebagai pendidik dan pembentuk peribadi pelajar yang merangkumi aspek jasmani, emosi, rohani dan intelektual, maka guru perlulah bertindak sebagai pemudah cara dalam penyampaian dan pemindahan ilmu. Apatah lagi bagi memupuk dan mengekalkan minat pelajar secara berterusan dalam proses P&P berkenaan. Oleh demikian, PPBK dilihat sebagai media atau pengantara dalam pendidikan yang mampu meransang dan menambah keberkesanan sesebuah proses P&P.

Pengajaran dan pembelajaran berbantukan komputer (PPBK) didefinisikan sebagai penggunaan komputer untuk mengajar dalam bentuk tutorial, latih tubi, simulasi dan juga penilaian pengetahuan pelajar seperti kuiz dan sebagainya. Ia juga membawa maksud pengajaran yang dibantu komputer. Ini tidak bermakna bahawa komputer yang mengajar pelajar, sebaliknya guru menggunakan komputer semaksimum mungkin sebagai alat penyampaian pengajarannya. Oleh itu, PPBK hanyalah sebagai satu teknik untuk menggabungkan kelebihan guru dengan penggunaan komputer sebagai suatu medium atau alat bantu mengajar. (Nurul Najwa Ramli, 2004)

Namun, apa yang penting, guru-guru yang mengunakan komputer dalam sesi P&P perlulah mempunyai kemahiran-kemahiran. Keupayaan dan kemahiran penggunaan komputer iaitu kebolehan memahami dan mengetahui perkara-perkara yang bersangkutan dengan komputer sama ada dari segi perkakasan asas, alatan sokongan, cara penggunaan, teori pengajaran serta cara mengaplikasikannya dalam P&P. Keupayaan mereka dalam penggunaan komputer dalam aktiviti-aktiviti menaip rumi dan jawi, menyimpan, menganalisis, menyediakan bahan bantu mengajar, membina perisian, mengakses maklumat dari internet, menggunakan audio dan video sama ada dalam bentuk CD ROM atau rakaman dan mencetak semua bahan yang berkaitan dgan bidang penddikan jg dikaitkan dgan kemampuan ini. (Mohd Hang Tuah Ismail, 2005).

Menurut Lee Ong Kim (1999) pula, dalam Mohd Hang Tuah Ismail, 2005 kemahiran-kemahiran asas tersebut ialah pertama; kemahiran dalam menggunakan hamparan kerja untuk data dan analisis yang mudah menghidupkan komputer dan memulakan operasi perisian yang hendak digunakan. Kedua; kemahiran berinteraksi dengan papan kekunci dan memegang serta menggerakkan tetikus. Ketiga; Beralih dari satu bahagian ke satu bahagian lain dalam perisian itu. Keempat; menggunakan pelbagai perintah dalam windows. Kelima; mengakses kepada internet. Enam; Menggunakan enjin carian untuk mencari bahan yang diperlukan. Tujuh; mencetak bahan untuk mendapat salinan bercetak. Lapan; menghantar dan menerima surat elektronik (e-mail). Sembilan; menyimpan dokumen pemprosesan perkataan dalam bentuk fail. Sepuluh; mencipta direktori dan sub-direktori. Sebelas; mendapat balik fail-fail yang telah disimpan. Dua belas; membuat salinan keseluruhan atau sebahagian dokumen. Akhirnya yang ketiga belas; menggunakan satu pengkalan data yang mudah

Dalam sesi pembelajaran pula, terdapat beberapa jenis pembelajaran yang berbantukan komputer iaitu latih tubi, tutorial, simulasi, permainan dan penyelesaian masalah. Perisian latih tubi merupakan program yang membantu pelajar mencari penyelesaian kepada masalah-masalah atau menjawab soalan-soalan dan menyediakan jawapan yang betul. Dengan menggunakan perisian ini seperti buku kerja elektronik, membolehkan pelajar mengukuh dan mengulang kaji pelajaran. Ini ekoran komputer dapat memberi maklum balas yang sesuai kepada jawapan pelajar dan komputer juga dapat menilai pencapaian pelajar. (Abd. Ghafar Md Din, 2003)

Perisian tutorial pula bertindak sebagai tutor, iaitu menyediakan segala maklumat dan aktiviti-aktiviti pembelajaran yang perlu diketahui dan dikuasai oleh para pelajar. Perisian tutorial ini mengajar penggunanya dan kemudian menyoal semula apa yang telah disampaikan. Komputer dapat menganalisis tahap pencapaian pelajar. Pelajar yang mencapai tahap yang memuaskan akan diberi pilihan untuk meneruskan pembelajaran dengan bahan yang lebih sukar. Pelajar yang rendah tahap pencapaiannya akan diminta mengulangi pelajaran sehingga pelajar tersebut mencapai tahap yang diperlukan. (Abd. Ghafar Md Din, 2003)

Berbeza pula dengan perisian simulasi yang menyerupai fenomena sebenar atau imaginasi untuk memperlihatkan bagaimana fenomena sebenar atau imaginasi itu berfungsi atau bertindak. Komputer akan memaparkan fenomena itu dalam bentuk visual beserta penjelasan. Pelajar boleh berinteraksi dengan komputer, seperti membuat analisis, memberi keputusan atau bertindak untuk mendapat suatu fenomena baru. Perisian simulasi merangkumi teks, grafik, animasi dan bunyi. (Abd. Ghafar Md Din, 2003). Sebagai contoh perisian multimedia Al-Quran. Perisian ini mempamerkan teks al-Quran dalam resam Uthmani yang lengkap dengan tanda barisnya, di samping audio bacaan dari qari-qari terkenal.( Hj. Abd Ghani & Norhashimi Saad, 1997 )

Pembelajaran berbantukan komputer juga terdapat dalam bentuk perisian permainan. Ia direka bagi meningkatkan motivasi pelajar dengan mengadakan aktiviti-aktiviti permainan yang boleh dikaitkan dengan aktiviti-aktiviti pembelajaran. Program ini biasanya berbentuk aktiviti latih tubi atau simulasi. Perisian permainan ini merangkumi penggunaan pengetahuan dan kemahiran yang telah dipelajari untuk mengatasi sesuatu situasi dalam bentuk permainan.

Manakala perisian penyelesaian masalah pula ialah satu perisian yang mengajar secara langsung melalui huraian atau latihan langkah-langkah dalam mengatasi masalah. Program ini juga membantu pelajar memperoleh kemahiran-kemahiran mengatasi masalah dengan memberi pelajar peluang untuk menyelesaikan masalah tersebut. Pada peringkat awal pelajar perlu mengenal pasti masalah dan apa yang perlu dilakukan. Pelajar kemudian perlu merancang strategi yang sesuai dan mendapatkan maklumat tentang strategi yang boleh diambil. Langkah terakhir ialah pelajar perlu mencuba salah satu strategi sehingga berjaya menyelesaikan masalah tersebut. ( Hj. Abd Ghani & Norhashimi Saad, 1997 ) Rumusannya, pembelajaran berbantukan komputer dalam Pendidikan Islam wajar diaplikasikan secara meluas agar mutu P&P Pendidikan Islam dapat dipertingkatkan lagi.
Labels: |
unaina
Malaikat ialah makhluk Allah yang taat. mereka tidak pernah menderhaka. Semua arahan dan tugas yang dipertanggungjawabkan Allah dilaksanakan oleh para Malaikat dengan penuh ketaatan dan dedikasi.
Bilangan Malaikat amat banyak. Namun begitu bilangan yang wajib diketahui adalah sebanyak 10 malaikat.
1. JIBRIL : Menyampaikan wahyu kepada para Rasul dan Nabi. Jibril merupakan ketua bagi semua Malaikat.
2. MIKAIL : Menurunkan hujan dan mengatur pembahagian rezeki.
3. ISRAFIL : Meniup sangkakala pada hari qiyamat sebanyak dua kali. kali pertama menandakan kehancuran alam. kali kedua menandakan bahawa manusia dihidupkan kembali.
4. IZRAIL : Mengambil nyawa setiap makhluk yang bernyawa.
5. MUNKAR :Menyoal orang mati di dalam kubur.
6.NAKIR : Menyoal orang mati di dalam kubur.
7. RIDWAN : Menjaga pintu syurga
8. MALIK : Menjaga pintu neraka.
9. RAQIB : Mencatat amalan baik setiap manusia.
10. 'ATID : Mencatat amalan buruk setiap manusia.
Labels: |
unaina


Labels: |
unaina


Sambutan Aidilfitri 2008
(Kelas Pengajian Al-Quran 06/07)

di Tasik Varsiti UM

Semoga kenangan menjadi ingatan selamanya....




Labels: |
unaina
Marilah ramai-ramai berkunjung ke blog ini..
Diharapkan blog ini dapat memberi manfaat kepada kami dan juga sahabat-sahabat lain.
|